Hubungi Jaja 0133407576 atau Jee 0135307576 atau Siti 05-8084033

Untuk Booking - RM 50 Deposit ke Maybank : 162357228044 (Saliza Salihuddin)

Homestay Villa-Permai Taiping

Kemudahan 4 Bilik Tidur beserta 3 bilik air.

Kadar Sewaan : RM300 semalam

PROMOSI :: 2 mlm hanya RM 550 (Jimat RM 50)
PROMOSI :: 3++ mlm hanya RM 800 (Jimat RM 100)

VILLA PERMAI :: No.31, Lorong Permai 1, Taman Kuning Permai, 34000 Taiping, Perak.


Destinasi Sejarah & Eko Pelancongan

Kompleks Sejarah Matang 
Dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim


Kompleks Sejarah Matang yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja.


Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941). Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984). Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).

Koleksi dan Galeri
Koleksi muzium terdiri daripada semua jenis artifak berhubung kait dengan kronologi penubuhan kompleks ini sendiri.


Pameran Tetap
Pameran tetap muzium memperagakan artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada keluarga Cek Long Jaffar, Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu.


Hari & Masa Lawatan
Setiap hari dari 9.00 pagi - 5.00 petang
-------------------------------------------------------------------
Aktiviti Ternakan Laut
Menyediakan dan memelihara tempat pembiakan dan sumber makanan serta perlindungan bagi pelbagai jenis hidupan laut.

Hutan Paya Laut bukan hanya memelihara keindahan hutan dan pokok bakau semulajadi tetapi juga menyediakan dan memelihara tempat pembiakan dan sumber makanan serta perlindungan bagi pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan, udang, kerang, ketam dan sebagainya.

Ini memberi satu daya tarikan yang unik kepada pengunjung dengan pelbagai aktiviti ternakan laut seperti penternakan ikan dalam sangkar, menangkup kerang dan ketam serta aktiviti memancing di alur-alur sungai yang dilakukan oleh nelayan dan penduduk tempatan.



-------------------------------------------------------------------------



Bangunan Warisan
Senibina yang sering digunakan ialah Utilitarian, Neo-Classical, Palladian, Minnan, Moden dan sebagainya.


Bangunan-bangunan warisan yang terdapat di Taiping lebih tertumpu kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai di mana senibinanya adalah dari pengaruh Inggeris. Terdapat 83 rumah kedai dan 34 bangunan-bangunan awam di Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi tanda tempat yang penting di Taiping. Ianya diimport dari China dan dipengaruhi pula oleh arkitektur kolonial yang berkembang pada abad ke 16 hingga pertengahan abad ke-20. Senibina kolonial ini adalah senibina yang dibawa oleh penjajah-penjajah Eropah yang pernah menjajah Malaysia seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah diubahsuai mengikut keadaan iklim Malaysia.



Senibina yang sering digunakan ialah Utilitarian, Neo-Classical, Palladian, Minnan, Moden dan sebagainya. Salah satu keunikan bangunan warisan ini adalah kebanyakan pembinaan bangunan-bangunan konkrit yang terdapat di Larut mendahului tempat-tempat lain di Semenanjung.



Malahan menurut pendapat umum, pekan Taiping sudah pun muncul dengan bangunan-bangunan dan rumah-rumah batu sedangkan ketika itu Kuala Lumpur masih lagi dipenuhi rumah-rumah usang seperti bangsal. Rekabentuk kedai-kedai serta bangunan-bangunan kerajaan masih kelihatan utuh dan menarik di mana pengunjung dapat merasai nostalgia zaman kegemilangan Taiping melalui bangunan-bangunan sejarah ini.
-------------------------------------------------------------------

Hutan Pelajaran
Memudahkan para pelajar dan penyelidik mempelajari dan membuat kajian mengenai spesis kehidupan pokok-pokok dalam Hutan Paya Laut

Hutan Pelajaran dan Penyelidikan atau lebih dikenali sebagai Hutan Eko-Pelajaran yang memudahklan para pelajar dan penyelidik mempelajari dan membuat kajian mengenai spesis kehidupan pokok-pokok dalam Hutan Paya Laut seperti bakau minyak dan bakau kurap.

Selain itu, di sini juga terdapat kehidupan flora dan fauna dengan pelbagai jenis tumbuhan sampingan seperti teruntum, temu, piai, rotan bakau dan jenis berus serta pokok jenis lenggadai.

Hutan Pelajaran dan Penyelidikan ini ditubuhkan sejak tahun 1950-an juga terdapat sebuah pelantar pejalan kaki (Boardwalk) yang dibina bagi memudahkan pengunjung masuk dan menikmati keindahan Hutan Paya Laut / Hutan Bakau.
-------------------------------------------------------------------------

Hutan Paya Laut Matang
Berkeluasan 40,446 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna

Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.

Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau. 

Tahukah Anda? Sistem pengurusan Hutan Paya Laut Matang telah berusia genap 100 tahun pada bulan September 2004. Kawasan hutan pokok bakau tertua dan diiktiraf sebagai hutan bakau yang terbaik dari segi pengurusan dan pentadbiran hutan.
-----------------------------------------------------------------------------------
Hutan Simpan Dara

Merupakan sebuah kawasan yang dikekalkan dalam aspek komposisi hutan semulajadi.

Hutan Simpanan Dara (VJR) di Kompartmen 18A Hutan Simpan Pulau Kecil merupakan sebuah kawasan yang dikekalkan dalam aspek komposisi hutan semulajadi. Kawasan ini ditubuhkan pada tahun 1940-an dijadikan tempat kajian dan penyelidikan serta tidak pernah dijalankan apa-apa aktiviti perhutanan. Keistimewaan Hutan Simpanan Dara ini ialah pokok-pokoknya berusia melebihi 50 tahun. Untuk kemudahan para pengunjung pelantar pejalan kaki (Boardwalk) disediakan bagi memudahkan pengunjung melawat kawasan ini.

Tahukah Anda? Terdapat 108 kompartmen dan pulau kecil yang meliputi kawasan Kuala Gula ke Panchor.
--------------------------------------------------------------------



Kuala Gula Bird Sanctuary

The Kuala Gula Bird Sanctuary is located in the district of Kerian in the state of Perak Darul Ridzuan. The sanctuary has been established since 1970 by the Department of Wildlife and National Parks (PERHILITAN) and the state government of Perak. The main objective of creating the sanctuary is to protect migratory and resident bird species, which have been using the wetland area for many years. The migratory birds utilise the large mudflat area for feeding and resting during their migratory route from the northern to the southern hemisphere. Tens of thousands of migratory birds comprising 48 species of 8 families visit Kuala Gula from September until April each year. Some of these migratory birds come from as far as Siberia in Russia, Mongolia, Kazakhstan, Japan and China. The Kuala Gula mangrove swamp forest and mudflat are not only important for migratory birds but also for 600 families of fishermen who depend totally on the mangrove forests and marine ecosystem for their livelihood. Many fishermen involved in fishing, cockle farming, aquaculture, shrimp and crabs derive their income from this wetland area. Currently, eco-tourism activities are getting popular in Kuala Gula. Approximately 5,000 visitors came to Kuala Gula last year. The fishermen living in the vicinity of Kuala Gula for the last hundred years have survived within the natural ecosystem of this mangrove swamp forest. The dependence of man on this natural ecosystem will continue for generations to come.

The Kuala Gula Bird Sanctuary is among the well-established bird sanctuaries in the Asian region. The establishment of the bird sanctuary started in the early 70s. The main objective is to protect and conserve the migratory as well as resident bird species. There are about 161 species of birds found in the Kuala Gula Bird Sanctuary comprising 48 species of migratory birds and 118 species of resident or local birds (Appendix 1). The mangrove swamp forest and a long stretched of mudflat beaches provide an excellent feeding ground and nesting habitat for migratory and resident bird species.

The migratory birds such as Eurasian curlew (Numenius arquata), Common redshank (Tringa totanus), Common greenshank (Tringa nebularia), Mongolian plovers (Charadrius mongolus), Pacific goldenplover (Pluvialis fulva), Common sandpiper (Actitis hypoleucos), Cattle egret (Bubulcus ibis), Little egret (Egretta garzetta), Gret egret (Casmerodius albus), Black-headed gull (Larus ridibundus), Black-naped tern (Sterna sumatrana) come from as far as Siberia, Japan and China during the migratory season starting from September until April each year. These birds come in large flocks numbering from several hundred to several thousand individuals. The large mudflat area offers a natural feeding ground for these birds. The mudflat or benthos ecosystem is rich with minute organisms and plankton such as small crabs, crustaceans, annelids and copepods. These minute organisms are rich in protein. They provide the nutrients to generate vast amounts of energy the birds require to continue their journey to the south.